Sunday, October 23, 2011

It's been almost 4 years now..

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya dah hampir 4 tahun kami berada di bumi Khartoum, Sudan ni. Kecuali DH yg mula menjejak kaki di sini awal Feb 2007, kami berempat (saya, Umar, Hafiz dan Lutfil), sampai pada 3 Nov 2007. Maknanya 3 Nov 2011ni, genap 4 tahun anak-anak membesar dan menghirup
udara di bumi bertuah ini. Yang tak tahannya tu, ibunya ni yang membesar sekali! Penangan selera yg sangat adventureous dan perangai sekali-mencuba-berkali-jatuh-cinta-nak-order-lagi memang membawak beban ( in kilos!). Haiyaaa...

Masa mula sampai, Umar 4.5 tahun, Hafiz 2.5 tahun dan Lutfil 1.5 tahun. Umar masuk KG1 (or Pre-Reception) di Little Fr1ends. Sekolah swasta ni kepunyaan 2 orang adik beradik perempuan dari keluarga berpengaruh di Khartoum ni. Kalau sebut nama keluarga ni, kiranya mahsyur dan tersohor. Masakan tidak, emak diaorang tu dulu pun dah jadi pengetua kat Un1ty High Int'al School, dulu satu satunya sekolah antarabangsa kat bandar ni. Mesti hebat sesangat kalau tahun 70'an dulu dah jadi pengetua sebuah sekolah antarabangsa kan, kan? betul tak? for a lady pulak tu? Sekali tu, ada pulak poster bekas Puan Pengetua ni terpampang kat dinding sekolah yang anak-anak dia usahakan tu. Masa tu sebelum ada acara perasmian besar-besaran sekolah tu tahun lepas. Dalam gambar tu, emak diaorang ni pakai sari. Namanya pulak Avinash. Agaknya emak diaorang ni asal dari India kot. Patut muka dua beradik tu pun ada campuran sikit, bukanlah muka asli tempatan. Nama pun sorang S0nia, sorang lagi Mona. Bagus jugak Umar masuk sini dulu.Sistem dia lebih kurang macam di Malaysia, jadi faham-faham ajelah kan. Bab-bab membaca , mengira , menulis tu semua mesti dah kena master sebelum masuk Year 1.

Hafiz dengan Lutfil pulak masa tu belum schooling age. Aduhai, jadinya ke mana pun pergi, bawak la 2 handbags ni, mengekor lah ke sana ke mari dengan ibu terchenta ni..;p. Ke halaqah (usrah ke...eleeh..macam la pergi every week pun, ponteng je memanjang..;p), get-together aka coffee mornings ke, shopping ke, school meetings ke, Umar's Parent-Teacher Conference ke, muka Hafiz dan Lutfil pasti ada di mana-mana. Kekadang penat jugak heret diaorang ni. Diaorang pun memang penat sebenarnya asyik kena heret ke sana ke mari. Ye lah, bayangkan lah. Tempat kat sini, bukannya macam Suria KLCC ke boleh lepak kat food court ke kalau penat, boleh pi fast food ke, bukan ada air-conditioned room. Kalau tengah summer yang panas membahang, alamat terbakar le kulit kena panahan mentari. Walaupun pergi souq yang ada shed/roof, masih jugak ku terasa bahangnya... Panas dia lain macam .'Macam' dia lain sikit.Susah mau explain itu macam la.. hehe.
Tapi, apa-apa pun, nasib baik budak 2 orang tu jenis yang dengar kata lah jugak. Bukanlah jenis yang tak makan saman. Setakat merengek nak balik, merengek panas, merengek nak duduk, nak dukung, tu biasala kan. Adat budak lah kan. Ibunya je lah yang kena sabar lebih sikit. Ini tak....( tarik telinga sendiri..:(  )
Susah payah itu ku harungi jua, dan lihatlah donia..dengan 2 handbags itu merata jugak ku merayau, banyak jugak souq2 yang diterjah, banyak jugak lah investment yang dah ditabur di bumi Sudan ni. Kiranya Hafiz dan Lutfil bukanlah faktor penghalang kepada kesungguhan saya untuk membantu menyuburkan ekonomi import eksport negara ini pada tahun 2007 dan 2008.

Sekarang ni Umar dah pun in Year 3, Hafiz in Grade 1, Lutfil in KG2. Umar di sekolah antarabangsa komuniti khartoum, Hafiz dan Lutfil di sekolah Amerika Khartoum. Umar chose the school that he's in now, and I chose the school for the other 2 boys. That explains the 2 different schools for my childrens. Not enough explaination? maybe later, in next year's entry. remind me, will you? ;p

Nampaknya sempat jugak kami membesar bersama-sama ( ibu dan 3 anak-anak lelakinya sahaja, tidak termasuk suaminya..) selama 4 tahun. Boleh tahan lama tu.
Bila budak-budak dah besar dan semua dah bersekolah ni ( yeayy!!), ibu dia memanngggg lagi panjangg lah langkahnya. Eh, tapi takdelah panjang mana pun. Saya ni jenis baik jugaklah ! Ahaks! Masuk bakul nampakkk.. heheh. masih ingat rumah , dan banyak jugak melepak di rumah walaupun dah free sikit nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana tu, kena tengoklah dulu tempatnya, apa yang nak dibeli, kesesuaian (guano eh eja ..) jadual supaya tak clash dengan aktiviti lain. Sini namanya je duk Sudan, tapi aktiviti kat sini kalah aktiviti masa zaman kerja duk KL dulu. Kalau bukan aktiviti Petronita, aktiviti sekolah. Kalau bukan aktiviti sekolah, aktiviti emak-amak di kompleks ni. Kalau emak-emak di kompleks ni tak buat aktiviti, kita join emak-emak luar kompleks punya aktiviti pulak. Tu lah pasal, takde aktiviti cari aktiviti.. . Kalau tak terasa jugak hambar duduk di sini, jadi kita isi masa yang ada dengan pengisian rohani dan jasmani..huhuhu..;p. Tapi adakah saya perlu berterus etrang dan mengaku bahawa selama ini, mulutlah yang banyak sekali diisi? Dengan kata lain, mulut paling banyak aktiviti..Ke , memang semua dah sedia maklum? isk, isk, sheeshh..weh, dengan makanan lah, apa lagi?? So,why am i complaining about the weight gain again? I am not complaining. Actually, being a woman , I am just WHINING!

Now, where have all the years gone? Why didn't i pen anything about what I have experienced all these 4 years, all the ups and downs, all the excitements, all the growings and all the tumblings, all the moments that I (hopefully) have wisely spent together as a family here? I couldn't answer that one. Really. As much as i wanted that every event that we have gone through as the 'next' entry, I never managed to actually sit down and write that entry. The same thing goes to photography. I was an avid photographer , I even owned an SLR years ago (this was before DSLR where everybody i think has one, if not two). Now that I have my own family, I found myself staring at them, at their faces, and I do stare at my DH , too . I refuse to do this through the viewfinder. I'd rather indulge in that moment, and I don't care about my camera anymore. We have a Nikon D80 and I rarely carry it with me. I know that there are moments that needs to be captured , especially that the boys are growing and we (the parents) are, too (growing old). I will try to make the effort to snap more pictures. I will try to REMEMBER to BRING my camera. Then, I will try to remember to snap some pictures!

If I could tell you one thing about being here with my family, it is this: I absolutely loving it. I love it being here with my darling hubby and with my 3 anak lelaki. I have learned so much, and i am still learning, every moment, every day. I learn how to grow/age,( betul kawan-kawan), how to cook, how to take care of myself and how to take care of my family. I learn what is really really important to me, I learn ( am learning) about what is important to my DH, and what is important to my children. I am still learning. I learn form the young and the old madams here, from the kakaks and the adiks I have met all the years I live in Sudan.

I also learn, that given the opportunities, I, you, we , anybody, could do things that we never thought possible before. Well, at least I have done quite a few things that I have never thought I could do in the past. Having said that, going back, InsyaAllah, I will become someone ..err a little better ( if not much better), who has learned a lillte bit more of herself, of what she wants in her life, of what she wants for her family and and how she wants its done. InsyaAllah..